(经过多次放鸽子行动后)三人终于成功在茨场街聚会用早餐 。多谢师傅拔刀相助,才能成功完成这一次的任务。在此谢谢师傅拍照留念。
Rasa-rasanya mula dari Isnin minggu lalu, aku terasa tak selesa pakai jam tangan pada lengan kiri ku. Bila periksa, rupa-rupanya ada tumbuh bisul kecil. Jadi aku tukar jam tangan ke tangan kanan ikut cakap bos saya. Ku ingat bisul kecil, jadi lepas pecahkannya dengan tisu muka pun tak pedulikannya. Mana tahu, bangun pagi hari berikutnya, lengan ku bengkak dan terasa panas pula. Amatlah sakit sampai tak dapat menaip atas papan kekunci... Suka saja terlanggar pula tu. Semakin besarlah jadinya selepas seminggu. Aku tidak dapat tahan lagi, pergilah aku berjumpa dengan doktor. Katanya tidak boleh hanya sapu ubat, kena makan antibiotik, pil tahan sakit dan pil untuk kurangkan bengkak. Banyak pula ubat kena makan. Si bisul kecil yang membesar ini... kena bayar RM41 untuk ubat dan dah habiskan banyak plaster.